STRUKTUR tambahan yang dirobohkan. FOTO Redzuan Muharam
STRUKTUR tambahan yang dirobohkan. FOTO Redzuan Muharam
Oleh Redzuan Muharam


Johor Bahru: Sikap degil peniaga hamper membina struktur bangunan tambahan di tempatletak kereta rizab membawa padah apabila dirobohkan dalam operasi di Jalan Bentara 1, Taman Tun Aminah, di sini, pagi tadi.

Operasi bermula kira-kira 9.30 pagi itu membabitkan 40 anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa pegawai dari Pejabat Tanah dan Syarikat Air Johor (SAJ).

Setiausaha MPJBT, Abd Malik Ismail berkata, operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang bantahan dan dua jentolak digunakan untuk merobohkan struktur tambahan di premis terbabit.

Menurutnya, pemilik dan kakitangan tidak berada di dalam premis ketika operasi dijalankan namun kerja meroboh premis diteruskan kerana tiga notis peringatan sudah diberi sebelum ini namun tidak diendahkan.

Abd Malik berkata, hamper, meja dan kerusi yang dirampas pada awalnyadikembalikansemula kepada pemilik dan premis terbabit boleh meneruskan perniagaan seperti biasa tetapi perlu menjelaskan beberapa kos kepada MPJBT.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 2:47 PM