Badrol Hisham (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Azmi Din (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Pengurusan Lembangan Sungai Muda Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir Teoh Boon Pin (kiri) meninjau paras air di Empangan Beris. FOTO Amran Hamid
Badrol Hisham (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Azmi Din (dua dari kiri) dan Pengarah Operasi Pengurusan Lembangan Sungai Muda Jabatan Pengairan dan Saliran, Ir Teoh Boon Pin (kiri) meninjau paras air di Empangan Beris. FOTO Amran Hamid
Muhaamad Hafis Nawawi

Sik: Paras air di empat empangan di Kedah masih dalam keadaan terkawal dan mampu menampung bekalan air kepada penduduk di negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, empat empangan itu adalah Empangan Pedu, Ahning, Beris dan Muda di mana paras air kesemuanya masih selamat.

Menurutnya, walaupun berlaku penyusutan namun paras air masih terkawal iaitu di Empangan Pedu sebanyak 78.7 peratus, Ahning (77.92 peratus) Beris (48.8 peratus) dan Muda (49.5 peratus).

"Lembaga Sumber Air Negeri Kedah juga sudah memohon kebenaran dan kelulusan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk membuat pelepasan air dari Empangan Muda milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi menampung bekalan air di Sungai Muda supayaparas air dapat ditingkatkan ke paras normal 2.5 meter.

"Sehubungan itu, MADA membuat pelepasan air di Empangan Muda pada Jumaat lalu dan diharap dapat meningkat paras air Sungai Muda kembali normal serta membantu mencukupkan bekalan kepada loji rawatan air yang terbabit," katanya kepada pemberita pada sidang media ketika membuat lawatan ke Empangan Beris, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 4:01 PM