LOKASI perintah berkurung di Pantai Timur Sabah. FOTO ihsan polis
LOKASI perintah berkurung di Pantai Timur Sabah. FOTO ihsan polis
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Perintah berkurung di Pantai Timur Sabah akan memasuki fasa ke-40 selepas dilanjutkan bermula esok sehingga 17 April 2016.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun berkata, lanjutan itu dibuat adalah untuk memastikan keselamatan perairan di kawasan berkenaan sentiasa terpelihara selain menjamin kesejahteraan penduduk, penyelidik dan pelancong asing.

"Perintah berkurung ke-39 berakhir hari ini selepas 14 hari pelaksanaannya.

"Berikutan itu, menerusi Seksyen 31(1) Akta Polis 1967 dan 31(4) akta sama, kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah berkurung di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Rashid berkata, lanjutan ini juga dilaksanakan termasuk berlaku ancaman jenayah rentas sempadan terutama cubaan penculikan masih cuba dilakukan penjenayah dari negara jiran.

"Selain itu juga, dapat mengatasi penyeludupan dan jenayah rentas sempadan terutama di kawasan berhampiran sempadan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 11:11 PM