Sazali digantung sejak September tahun lalu. FOTO NSTP
Sazali digantung sejak September tahun lalu. FOTO NSTP
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk mengekalkan penggantungan empat tahun terhadap Sazali Samad.

Menurut Setiausaha Kehormat PBBM, Kamarulzaman Kadir ia dibuat selepas jawatankuasa berkenaan bersidang sebanyak dua kali.

"Keputusan itu diambil selepas meneliti segala bukti,mengambil kira segala fakta, penjelasan dan pendapat dari beberapa pihak," katanya.

Semalam Mr Universe sebanyak 10 kali itu menggesa agar keputusan rayuannya dipercepatkan selepas menghantar rayuan rasmi pada Januari lalu.

Sazali dikenakan penggantungan selama empat tahun sejak September tahun lalu susulan gagal ujian doping.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 4:26 PM