HUJAN dilaporkan turut berlaku di pekan Ranau. FOTO ihsan pembaca
HUJAN dilaporkan turut berlaku di pekan Ranau. FOTO ihsan pembaca
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Hampir semua daerah di negeri ini kecuali Kudat dilaporkan hujan selepas hampir dua bulan mengalami musim panas dan kering akibat fenomena El Nino.

Hujan dikatakan mula berlaku sekitar 5 petang semalam di Keningau, manakala beberapa daerah seperti Tawau, Kota Kinabalu dan Penampang bermula tengah malam sehingga awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Lim Ze Hui berkata,kejadian itu berpunca daripada peralihan monsun timur laut ke barat daya bermula hujung bulan ini sehingga awal April.

"Peralihan monsun ini dijangka membawa taburan hujan yang lebih banyak berbanding bulan Februari dan awal Mac ini.

"Bagaimanapun, taburan hujan ini masih berada di bawah paras normal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 12:28 PM