SEORANG wanita dan anaknya menanti bantuan di wilayah Awdal, Somaliland.
SEORANG wanita dan anaknya menanti bantuan di wilayah Awdal, Somaliland.
MANGSA menerima bantuan daripada Agensi Muslim Afrika.
MANGSA menerima bantuan daripada Agensi Muslim Afrika.
TIGA wanita sempat solat dan berdoa sementara menanti bantuan.
TIGA wanita sempat solat dan berdoa sementara menanti bantuan.
HUJAN lebat yang bermula baru-baru ini menyebabkan ladang banjir dan membunuh haiwan ternakan yang terlalu lemah, tidak cukup zat, tidak mampu menghasilkan susu dan kurus kering.
HUJAN lebat yang bermula baru-baru ini menyebabkan ladang banjir dan membunuh haiwan ternakan yang terlalu lemah, tidak cukup zat, tidak mampu menghasilkan susu dan kurus kering.
ORANG ramai berkumpul di kolam buatan.
ORANG ramai berkumpul di kolam buatan.
SEEKOR monyet berpaut pada kaki seorang mangsa kemarau di bandar Qol Ujeed di sempadan Habsyah-Somaliland.
SEEKOR monyet berpaut pada kaki seorang mangsa kemarau di bandar Qol Ujeed di sempadan Habsyah-Somaliland.
ANGKAI kambing terdampar di bandar  Jidhi di wilayah Awdal.
ANGKAI kambing terdampar di bandar Jidhi di wilayah Awdal.
Agensi

Di rantau yang dikenali Tanduk Afrika, jutaan penduduk berdepan kemarau berpunca daripada El Nino. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 1.7 juta penduduk Somaliland dan Puntland amat memerlukan bantuan.

Di pinggir bandar Qol Ujeed, bangkai haiwan terdampar di kawasan semak yang kini kering.

Satu daripadanya, seekor unta.

“Dubuk juga tidak berselera nak makan bangkai itu kerana dagingnya terlalu sedikit,” kata seorang lelaki tua, pemilik haiwan itu.

Sepanjang tiga bulan lalu, Amina Ibrahim Shirwa dan keluarganya kehilangan kira-kira 25 ekor kambing, biri-biri dan lembu apabila kemarau teruk memusnahkan ternakan dan tanaman di utara Somalia.

Amina, 50, yang tinggal di Kampung Botor di pinggr wilayah Somaliland bimbang dengan punca pencariannya selepas musim kemarau berlarutan disebabkan El Nino.

Di luar rumah keluarganya, hanya tinggal beberapa haiwan ternakannya yang masih hidup. Sementara di kawasan berhampiran, bangkai biri-biri terdampar.

Hujan lebat yang bermula baru-baru ini menyebabkan ladang banjir dan membunuh haiwan ternakan yang terlalu lemah, tidak cukup zat, tidak mampu menghasilkan susu dan kurus kering.

“Kebanyakan ternakan saya mati akibat kekurangan hujan sebelum ini. Tinggal seekor saja. Itu pun sudah terlalu lemah, mungkin akan mati kerana hujan pula,” kata Amina.

Selain Somaliland, kawasan lain yang paling teruk terjejas ialah wilayah Awdal yang bersempadan dengan Habsyah.

Lebih 250,000 orang mati pada 2011 apabila kebuluran melanda Somalia, sebuah negara yang sudah lama dibelenggu kemiskinan, kemarau berulang, kebuluran dan sengketa bersenjata.

Menurut penduduk, kemarau kali ini yang paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 9:16 AM