MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau (kanan) mendengar penerangan Pemangku Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Lim Ze Hui selepas melakukan lawatan ke Pejabat Meteorologi Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). FOTO Malai Rosmah Tuah

Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Fenomena El Nino yang melanda negara dijangka berakhir Jun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Madius Tangau, berkata Mac adalah bulan yang suhu tertinggi di seluruh negara.

"Ada empat peringkat El Nino iaitu kuat (Mac), sederhana (April), lemah (Mei) dan normal (Jun).

"Selain itu, pertukaran monsun Timur Laut dan Barat Daya juga bakal memberi impak kepada perubahan suhu pada penghujung Mac atau awal April," katanya ketika membuat lawatan ke Stesen Meteorologi Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Madius berkata, taburan hujan kekal kurang pada Mac ini dan April namun dijangka kembali meningkat pada Mei dan Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 6:34 PM