SUHU udara yang terlalu panas meningkatkan risiko penyakit.
SUHU udara yang terlalu panas meningkatkan risiko penyakit.

Panas melampau sehingga menyebabkan setiap individu mungkin dijangkiti pelbagai jenis penyakit terutama strok haba ketika ini pasti membimbangkan terutama kepada individu yang sering terdedah kepada cuaca panas terik.

Suhu udara pada waktu siang sehingga mencapai 39 hingga 40 darjah Celsius menyebabkan keadaan cuaca menjadi sangat panas dan mempengaruhi metabolisme tubuh manusia.

Suhu udara yang panas ini juga menyebabkan kulit menjadi kering selain kehilangan kandungan air di dalam lapisan kulit.

Setiap individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan aspek penjagaan diri sentiasa dititikberatkan supaya terhindar daripada keadaan memudaratkan.

Golongan yang berpotesi untuk mengalami gang­guan kesihatan ketika peningkatan suhu udara ketika ini:

- Warga emas terutama yang berusia melebihi 75 tahun.

- Bayi dan kanak-kanak.

- Penghidap sakit jantung.

- Individu yang mengalami gangguna psikologi.

- Individu yang mengalami gangguan pernafasan.

- Pekerja yang sering terdedah kepada cuaca panas.

- Obesiti.

Berikut langkah yang dapat membantu daripada dijangkiti penyakit:

- Perbanyakkan pe­ngambilan air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengelak dehidrasi.

- Gunakan pakaian nipis, tidak menyerap panas, long­gar dan berwarna terang atau putih.

- Memakai pelembap wajah atau badan untuk menjaga hidrasi kulit.

- Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi kandungan air.

- Perbanyakkan rehat.

- Hindari daripada terdedah dengan pancaran matahari dalam tempoh yang lama.

- Mandi dapat membantu menyejukkan badan namun jangan mandi dengan terlalu kerap terutama ketika kulit sedang panas.

- Hindari makanan ting­gi protein kerana akan meningkatkan panas di dalam tubuh.

- Mengurangkan pemakaian kosmetik terlalu tebal kerana ia akan meningkatkan suhu panas pada wajah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 5:00 AM