CUACA terlalu panas juga memberi kesan kepada kesihatan kulit. - FOTO Google
CUACA terlalu panas juga memberi kesan kepada kesihatan kulit. - FOTO Google
Nurul Husna Mahmud


TERDEDAH kepada cuaca panas yang ekstrem boleh mengundang pelbagai masalah kulit.

Bukan hanya kulit menjadi lebih gelap akibat selaran matahari, malah lebih mudah kusam dan tampak lebih berusia.

Tahap kesihatan kulit juga berkait rapat dengan tahap kelembapan kulit. Lebih lembap kulit, lebih remaja usia kulit berkenaan.

Menurut Pakar Aestetik Dr Chiranjiv Chhabra, ada lima kemungkinan masalah kulit apabila terdedah kepada cuaca panas ekstrem.

Kata pakar yang juga pengasas SkinAlive Clinic, kulit orang Asia juga tidak terkecuali mengalami masalah kulit merekah atau menggelupas.

Itu menandakan kulit tercedera teruk kerana cuaca terlalu kering menyebabkan kelembapan hilang.

Keadaan lebih serius jika tiada langkah penjagaan dilakukan dalam melindungi kulit ketika terdedah di persekitaran terlalu panas.

Berikut masalah kulit dan cara menangani ketika menghadapi musim panas yang berpanjangan.

1. Radang kulit dan kemerahan-merahan

Banyak faktor menjadi punca masalah radang kulit antaranya suhu terlalu panas bercampur dengan peluh.

Keadaan diburukkan dengan tabiat mengulang pakai kain atau tuala lap muka. Apabila kain lap digosok pada muka, berlaku koyakan pada kulit yang memberi ruang kotoran dan kuman masuk dalam permukaan kulit.

Langkah penjagaan:

Gunakan tuala bersih dan lembut untuk lap peluh pada kawasan kulit mengalami radang.

Mandi dengan kerap termasuk cuci mula dua kali sehari untuk pastikan radang tidak merebak.

Boleh juga gunakan ketulan ais pada bahagian radang untuk beri kelegaan pada bahagian yang terkesan.

BASUH muka lebih kerap. - FOTO Google
BASUH muka lebih kerap. - FOTO Google

MENGENAKAN topi langkah lebih baik dalam melindungi kulit. - FOTO Google
MENGENAKAN topi langkah lebih baik dalam melindungi kulit. - FOTO Google

2. Selaran matahari

Cahaya matahari terik apabila terkena kepada kulit sensitif seperti muka dan tangan boleh mengundang selaran matahari.

Seakan-akan 'terbakar', bahagian muka terdedah akan lebih gelap. Jika tidak dirawat, sukar tona kulit menjadi sekata.

Langkah penjagaan:

Gunakan krim tabir suria untuk lindungi kulit supaya tidak menjadi gelap. Selain pemakaian krim, langkah pencegahan lain seperti menggunakan payung dan topi besar juga dilihat membantu.

Melegakan muka menggunakan pupur muka aloe vera supaya dapat memberi rasa nyaman dan mengekalkan kelembapan kulit.

3. Masalah jerawat

Cuaca panas menjadikan individu lebih gemar berpeluh dan menyebabkan kotoran seperti debu serta kuman tertarik pada permukaan terutama kulit muka.

Ini mengundang masalah jerawat apatah lagi bagi individu yang gemar menyentuh muka. Keadaan cuaca panas dan kulit basah disebabkan peluh membuatkan kuman mudah hinggap dan masalah jerawat menjadi lebih teruk.

Langkah penjagaan:

Cuci muka lebih kerap. Pilih pencuci muka sesuai terutama ada elemen antibakteria.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2023 @ 6:43 AM