FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Mohd Hilmi Mahmud


Georgetown: Seorang konstabel polis maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam satu kemalangan, di Balik Pulau, di sini, tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, motosikal ditunggang mangsa Muhammad Zulhasrizam, 25, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Mangsa yang baru selesai tugasan kerja di Balai Polis Komuniti Queensbay itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Balik Pulau.

Mangsa difahamkan tidak dapat mengawal motosikalnya diselekoh tajam di situ sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu.

Mangsa yang termasuk di bawah lori terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 6:38 PM