Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Dua pengedar dadah yang dikehendaki polis dicekup bersama tujuh penagih dalam serbuan Ops Sarang di Felda Gedangsa, dekat sini, semalam.

Operasi yang dilakukan sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor itu bermula jam 4 pagi dan berakhir 12 tengah malam.

Dalam operasi itu lelaki berusia 20 hingga 60 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 157.64 gram dan syabu 0.70 gram.

"Dua tangkapan dilakukan di kawasan kebun kelapa sawit di Felda Gedangsa," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya 1985 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 6:26 PM