FOTO Asyraf Hamzah
FOTO Asyraf Hamzah
Siti A'isyah Sukaimi


Putrajaya: Seramai 10,239 pekerja asing didaftarkan bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring bermula 15 hingga 28 Februari lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, pekerja asing yang didaftarkan itu membabitkan seramai 2,210 majikan di seluruh negara.

"Justeru, saya berharap majikan diminta segera mendaftarkan pekerja asing terbabit sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

"Jabatan Imigresen bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan selaras dengan pelaksanaan Program Rehiring," katanya pada sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, majikan yang tidak mengetahui cara pendaftaran secara atas talian boleh mengunjungi mana-mana cawangan imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 2:22 PM