PEMAIN bergambar bersama Abdul Aziz (duduk baju biru) bersama wakil Pengarah RELA Negeri Syed Ismail Syed Ali (duduk tiga dari kanan) selepas majlis penyampaian hadiah.
PEMAIN bergambar bersama Abdul Aziz (duduk baju biru) bersama wakil Pengarah RELA Negeri Syed Ismail Syed Ali (duduk tiga dari kanan) selepas majlis penyampaian hadiah.
Oleh Azahar Hashim


Kulim: Pasukan beregu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Padang Serai muncul juara Karnival Badminton Piala Pegawai RELA Daerah Kulim yang berlangsung di Gelanggang Badminton Dewan CRC Kulim, baru-baru ini.

Pasukan itu yang dibarisi Mohd Nazri Abdullah dan Zulkifli Abdullah menewaskan pasukan RELA Mukim Keladi dengan kemenangan 15 -13, 15-13.

Sementara itu, kategori beregu wanita di ungguli wakil dari Pejabat RELA Daerah Kulim, Nor Suliza Ismail dan Siti Khodijah Azmi yang mudah menewaskan beregu Pejabat RELA Mukim Lunas yang diwakili Siti Rohani Ismail dan Salwa Ahmad.

Pegawai RELA Daerah Kulim Abdul Aziz Abdullah berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada program kecergasan RELA Daerah Kulim bagi memantapkan prestasi anggota.

Katanya, selain sukan pihak RELA turut mengadakan aktiviti gotong royong bersama masyarakat setempat dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan hubungan antara anggota dan pegawai serta orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2016 @ 7:01 AM