Muhammad Habib Ku Uwale Saifullah Abdullah. FOTO Ihsan JKM
Muhammad Habib Ku Uwale Saifullah Abdullah. FOTO Ihsan JKM
Zuliaty Zulkiffli


JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim mengesan waris bayi lelaki untuk membantu proses dokumentasi sijil kelahiran dan pengangkatannya.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kulim, Manab Mehat berkata, bayi lelaki itu, Muhammad Habib Ku Uwale Saifullah Abdullah yang berusia dua bulan kini ditempatkan kepada penjaga sementara atau orang yang layak dan sesuai bagi perlindungan sewajarnya.

Sebaik dilahirkan, bayi itu diserahkan oleh bapa kandungnya iaitu warga Indonesia yang dikenali dengan Kiki Super dengan nombor pasportnya adalah 7675150 dan ibu kandungnya dikenali sebagai, Dina yang juga warga Indonesia.

Mereka bersetuju dengan menandatangani surat penyerahan bayi itu kepada keluarga angkat melalui tulisan tangan tanpa mengemukakan sebarang dokumen yang sah kepada perantara iaitu kakak kandung kepada penjaga ini yang bernama Siti Syahida Aziz.

Selepas itu, wanita itu kemudian menyerahkan bayi itu kepada adiknya, Kuslida Hidayah Aziz sebagai anak angkat, sementara bapa dan ibu kandung bayi itu melarikan diri dan gagal dikesan sehingga kini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung ibu bapa kandung bayi itu boleh menghubungi Pelindung JKM Daerah Kulim, Munirah Abdul Aziz di talian 04-4907403.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 11:58 AM