Aksi perlawanan Selangor menentang kelab Filipina, Ceres La Salle FC di Bacolod City, hari ini. - Foto AFC
Aksi perlawanan Selangor menentang kelab Filipina, Ceres La Salle FC di Bacolod City, hari ini. - Foto AFC
BERNAMA

Kuala Lumpur: Selangor sekadar mengutip satu mata selepas seri 2 - 2 dengan kelab Filipina, Ceres La Salle FC pada aksi pembukaan Kumpulan E Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, hari ini.

Stephan Schrock meletakkan tuan rumah di di depan pada minit ke-18 sebelum penyerang import dari Argentina, Mauro Andres Olivi menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-34.

Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Pada masa kedua, Selangor mendahului tuan rumah apabila Mohd Hafiz Kamal melakukan sepakan percuma menarik yang tepat menerjah gawang Ceres La Salle FC pada minit ke-59.

Penyerang import dari Sepanyol, Adrian Gallardo Valdes bagaimanapun menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, wakil Singapura, Tampines Rovers melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas kelab dari Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Selangor akan melayan kunjungan Tampines Rovers pada aksi kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Sheikh Jamal Dhanmondi berdepan Ceres La Salle FC di halaman sendiri dalam perlawanan pada 8 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 11:13 PM