EMPAT pasukan yang menduduki tempat pertama hingga keempat bergambar bersama Royston.
EMPAT pasukan yang menduduki tempat pertama hingga keempat bergambar bersama Royston.
Oleh Pretty Licha

Dalat: Pasukan mewakili Daerah Igan Goh Empire United dinobatkan juara selepas mengetepikan Bank Makaw FT 2-1 di final Kejohanan Futsal KFCC Siri 1/2016 merebut Piala Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak.

Kejohanan sempena Tahun Baru Cina dan berlangsung di Stadium Perpaduan Dalat kelmarin disertai 56 pasukan menyertai kejohanan dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita.

Ia dianjurkan secara bersama Kelab Futsal Daerah Dalat dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.

Selaku juara, Goh Empire United membawa pulang RM800, Piala Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak, piala iringan dan medal manakala Bank Makaw FT yang mewakili Kampung Sungai Kut Dalat menerima RM600, piala dan medal.

Tempat ketiga milik Footsal Typo yang menerima RM400, piala dan medal manakala Tanam Likow FT, keempat, RM200.

Sementara itu, Hirman Jakaria dari Goh Empire United dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Dia menerima hadiah kasut futsal tajaan STNG Futsal & Football Shop Mukah manakala anugerah Pemain Harapan kejohanan milik Aaron Iglesias dari Tanam Likow FT.

Aaron menerima jersi tajaan Adam Hariz BBQ Steamboat Mukah.

Hadiah disampaikan Royston Valentine yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sarawak. Turut hadir, Pengerusi Kelab Futsal Daerah Dalat Daniel Klumai, Pengerusi Pengadil Futsal Dalat Nizam Mahdi dan Pemilik STNG Futsal & Football Shop Mukah Mathew Darimi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 8:07 AM