BARISAN pemain kejohanan  bersama Royston (berbaju putih) di Stadium Perpaduan Dalat.
BARISAN pemain kejohanan bersama Royston (berbaju putih) di Stadium Perpaduan Dalat.
Oleh Pretty Licha


Dalat: Pasukan Medtrajuela yang mewakili Kampung Medong Hulu muncul juara Kejohanan Futsal ‘Malaysia Year Of Festivals (MYOF) Siri 2/2015 bersempena Sambutan Hari Gawai Dayak dan Pesta Keamatan 2015 selepas menewaskan Akamedrid dari Kampung Medong Hilir 3-2 pada final di Stadium Perpaduan Dalat, baru-baru ini.

Pasukan Triospremo mewakili Kampung Senau Oya menduduki tempat ketiga, manakala Medvill (Medong Hulu) keempat.

Hasil kejayaan itu Medtrajuela membawa pulang wang tunai RM800, Akamedrid RM600 dan pemenang ketiga dan keempat RM400 serta RM200.

Pemain Meditrajuela Jayris Kip diumumkan pemain terbaik perlawanan akhir dan menerima sepasang but yang ditaja Adam Hariz BBQ Steambot Mukah.

Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan itu berbanding 50 pasukan pada Siri 1 yang mewakili daerah Mukah, Oya, Balingian, Daro dan Igan yang berlangsung pada 1 dan 2 Jun lalu.

Pasukan yang layak ke pusingan akhir adalah Mode, Brunei Jackpot, Zone 5, Zalisma FT, Sia-sia, Medvill, PDMV, Balan Cikoy, Oya Ronggeng A, Triosfremo FT, Medong AA, Akamedrid, Astalavista, Brutus Empire, Amiaos, Rab Balingian, ILP, Kekan Tenkiey, Oyavengers, Azka FT, N.A.F.A.S, Campo-campo, Med Trajuela, Ke-ke Kaley, B15, STNG FT, Medvill Junior, Newborn, Truz Junior, Khes, Med Village dan Likoetha 97.

Pengerusi pengelola yang juga Presiden Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD), Daniel Francis Xaxier berkata, kejohanan itu anjuran Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM) dengan kerjasama Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD).

Sementara itu, ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Sarawak, Royston Valentine pula berkata, kejohanan bersiri itu diadakan sebagai platform kepada belia untuk bersukan.

“Ia juga medan mencungkil bakat belia dalam sukan futsal untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 8:24 AM