Keadaan jalan Tampin - Gemas yang ditenggelami air sejak semalam. - Foto AMRAN YAHYA
Keadaan jalan Tampin - Gemas yang ditenggelami air sejak semalam. - Foto AMRAN YAHYA
Antara pusat pemindahan banjir yang dibuka di Negeri Sembilan.
Antara pusat pemindahan banjir yang dibuka di Negeri Sembilan.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Jumlah mangsa banjir di seluruh negeri meningkat kepada 671 mangsa pada jam 8 pagi ini berbanding 638 orang pada 10 malam tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Negeri Leftenan Kolenal Mokhtar Kamal berkata, semua mangsa ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di Tampin, Rembau dan Port Dickson dengan Tampin mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 648 orang,

“Mereka masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu Balai Raya Parit Buloh (17 mangsa), Air Kuning (17), Balai Raya Sungai Kelamah (7),Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (598), Masjid Sungai Dua (22) dan SK Ladang Gemas ( 4)," katanya.

Menurutnya, di Rembau, 14 mangsa dipindahkan di Balai Raya Lubok China dan Port Dickson iaitu sembilan mangsa di surau Kampung Neram.

Sementara itu, laluan di Kilometer 43, Jalan Tampin-Gemas, dekat sini yang ditenggelami air akibat banjir semalam, belum dibuka setakat jam 10.30 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri berkata, air mulai surut di kawasan itu namun berlaku kerosakan pada jambatan merentasi Sungai Kelamah.

Katanya, sehubungan itu semua kenderaan termasuk kenderaan berat belum dibenarkan melalui jalan itu.

"Buat masa ini kerja pembersihan akan dilakukan termasuk pembaikan sebelum ia dibuka semula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 11:18 AM