Mukhriz bersalaman dengan orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Negara, petang tadi. FOTO  Syazwan Msar
Mukhriz bersalaman dengan orang ramai selepas solat Jumaat di Masjid Negara, petang tadi. FOTO Syazwan Msar
Oleh Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan mengenai pertemuan beliau dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.

"Saya enggan ulas mengenai perkara itu, biarlah Perdana Menteri yang cakap, saya serahkan kepadanya untuk jelas (mengenai) pertemuan terbabit," katanya, ketika ditemui di Masjid Negara, di sini, selepas solat Jumaat petang tadi.

Beliau bersama bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Pertemuan di Istana Darul Aman itu dipercayai bagi membincangkan pengganti Mukhriz.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 3:26 PM