Mazizul Dani


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan tertutup dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan di sini, hari ini.

Kereta rasmi yang membawa Najib memasuki perkarangan istana berkenaan pada 8.15 pagi tadi.

Beliau dipercayai menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi membincangkan pengganti Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pertemuan itu dipercayai turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Beliau meninggalkan istana berkenaan satu jam kemudian selepas dilihat bersama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah menjadi polemik apabila kepimpinannya ditolak sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dan kepimpinan UMNO bahagian negeri itu.

Sebahagian besar ADUN Barisan Nasional (BN) daripada UMNO juga dikatakan sudah menandatangani Akuan Berkanun akan menyokong pertukaran dan pelantikan Menteri Besar yang baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 11:27 AM
PERTEMUAN tertutup antara Najib dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah
PERTEMUAN tertutup antara Najib dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah
KENDERAAN membawa Najib memasuki perkarangan Istana Darul Aman. FOTO Mazizul Dani
KENDERAAN membawa Najib memasuki perkarangan Istana Darul Aman. FOTO Mazizul Dani