MUKHRIZ disambut penyokongnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Jumaat, 22 Jan. FAIl Muhd Zaaba Zakeria
MUKHRIZ disambut penyokongnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Jumaat, 22 Jan. FAIl Muhd Zaaba Zakeria
Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Polis memantau tahap keselamatan di negeri ini daripada sebarang kemungkinan ancaman berikutan kemelut politik membabitkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, berkata keadaan keselamatan di Kedah masih terkawal dan aman walaupun berlaku kemelut politik di negeri ini.

Menurutnya, masyarakat diminta bertenang selain tidak terlalu emosional dengan keadaan suhu politik Kedah yang panas.

“Isu politik biarlah ahli politik selesaikan dan kita akan sentiasa memantau keadaan.

"Kita minta masyarakat bertenang dan tak terlampau emosional selain menyelesaikan masalah mengikut proses perundangan negara, " katanya kepada selepas merasmikan Majlis Kayuhan Basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lions Club, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini, tadi.

Sebelum ini, 14 Ketua UMNO bahagian diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Mukhriz.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 11:45 AM