MODEL terbaru Galaxy A yang dijual di Sunway Pyramid.
MODEL terbaru Galaxy A yang dijual di Sunway Pyramid.

Petaling Jaya: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) berharap untuk menyaksikan pertumbuhan yang kukuh sama seperti tahun lalu mahupun lebih baik menerusi segmen jualan telefon pintarnya.

Pengurus Produk Telefon Mudah Alihnya, Go Benn Lee berkata, untuk tahun ini, pihaknya akan menunjukkan komitmen dengan memberi tumpuan terhadap pengubahsuaian telefon pintar berinovasi dan bergerak ke hadapan seiring teknologi terkini.

“Oleh itu, kami optimis syarikat bakal kekal positif sepanjang tahun apatah lagi dengan pengenalan pelbagai barisan telefon pintar dan alat komunikasi termasuk Siri Galaxy A 2016,” katanya selepas majlis pelancaran telefon pintar Siri Galaxy A 2016 di sini, semalam.

Beliau berkata, meskipun pasaran global khususnya Malaysia terjejas akibat ekonomi, masih ramai pengguna membuat pembelian telefon baru pada kitaran pembelian lebih pendek daripada dua tahun kepada satu tahun setengah.

Mengulas mengenai telefon pintar baru keluaran syarikatnya, Benn Lee berkata, melalui pengenalan peranti khusus untuk ‘selfie’ itu, pihaknya melakukan beberapa penambahbaikan membabitkan kamera, memori dan bateri.

“Bagi memberi kelainan kepada penggemar ‘selfie’, Samsung membuat keputusan mencipta kamera siri Galaxy A menggunakan teknologi terkini di mana hasil akhir gambar kelihatan lebih jelas dan terang walaupun dirakam dalam situasi kurang pencahayaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 6:49 AM