MAZLAN (kiri) meninjau rumah yang roboh akibat ombak besar di Pantai Pulau Kundur, Kuala Besar.
MAZLAN (kiri) meninjau rumah yang roboh akibat ombak besar di Pantai Pulau Kundur, Kuala Besar.
Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Seperti ombak tsunami. Itu yang dirasakan penduduk Kampung Pulau Kundur, Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, sejak beberapa hari lalu.

Penduduk mendakwa air pasang besar yang berlaku sejak tengah malam Ahad lalu tidak seperti sebelum ini.

Sekurang-kurangnya enam rumah rosak teruk dan musnah kesan daripada fenomena itu manakala puluhan lagi terpaksa membersihkan pasir pantai yang masuk ke dalam rumah bersama air laut.

Penduduk, Nafisah Salleh, 45, berkata, tidak pernah menjangkakan keadaan teruk berlaku mengakibatkan beberapa bahagian dinding rumahnya yang diperbuat daripada kayu tercabut.

“Sebaik dinding tercabut, saya dan suami, Mustapha Hassan, 59, mula sedar keadaan semakin bahaya untuk kami tinggal dalam rumah. Saya dapat rasa gegaran apabila ombak besar menghempas pantai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 7:31 AM