PEMAIN perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei membalas pukulan ketika menentang pemain Indonesia, Tommy Sugiarto pada separuh akhir Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia, di Spice Arena, Bayan Baru. FOTO Mikail Ong

Oleh Ferzalfie Fauzi

Georgetown: Datuk Lee Chong Wei ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mudah menjinakkan rakan senegara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam perlawanan akhir Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters, hari ini.

Chong Wei yang sebelum ini pernah muncul juara sebanyak empat kali di Masters Malaysia 2009, 2010, 2011 dan 2012, mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-11.

Bekas pemain nombor satu dunia itu memenangi trofi dan hadiah wang tunia AS$9,000 (RM37,800).

Iskandar yang akan mewakili negara ke Kejohanan Badminton Asia Berpasukan (kelayakan Piala Thomas) di Hyderabad, India bulan depan meraih trofi dan wamg tunai AS$4,460 (RM19,152).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 7:02 PM