Oleh Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor menahan empat nelayan warga Indonesia ketika sedang menangkap ikan pada kedudukan 2.98 batu nautika dari Pulau Kukup, Pontian.

Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, mereka berusia antara 23 hingga 33 tahun ditahan oleh bot peronda PAR 6 dalam Operasi Gelora ketika memasang bubu.

“PAR 6 ketika itu mengesan bot terbabit berada di perairan negara dan terdapat individu sedang menarik bubu, pada 12.30 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata, bot bersama empat lelaki itu serta barangan rampasan dibawa ke Pangakalan PPM Wilayah Dua Johor untuk tindakan lanjut.

Semua ditahan mengikut Seksyen 15 (1)( a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran sah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 9:32 AM