PATI yang ditahan berdekatan Pulau Kukup semalam. FOTO ihsan PPM
PATI yang ditahan berdekatan Pulau Kukup semalam. FOTO ihsan PPM
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua pada kedudukan 1.3 nautika dari perairan Pulau Kukup, Pontian, pagi semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua PATI yang menaiki bot pancung itu ditahan bot ronda PPM Kukup RH 31 kira-kira jam 4 pagi.

"Bot pancung itu dikesan menuju ke perairan negara jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan terhadap bot berkenaan.

"Hasil serbuan itu, empat PATI dan seorang tekong ditahan. Mereka dibawa ke Jeti PPM Kukup untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke lokap IPD Pontian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2017 @ 6:20 PM