LIVERPOOL pamer aksi lebih bertenaga di bawah kendalian Klopp.
LIVERPOOL pamer aksi lebih bertenaga di bawah kendalian Klopp.

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata beliau mahukan aksi bola sepak menghiburkan namun enggan mengkritik pendekatan pengendali Manchester United Louis van Gaal.

Kedua-dua mereka akan bertembung apabila dua musuh ketat barat laut England itu bertemu di Anfield malam ini dengan perlawanan itu disifatkan segelintir peminat sebagai pertembungan aksi bertenaga Klopp berdepan pendekatan pengurus Belanda yang lebih pragmatik.

Taktik Van Gaal mencetuskan kemarahan peminat United yang sudah biasa dengan gaya bola sepak menyerang dipamerkan kelab Old Trafford ketika di bawah kendalian dua pengurusnya yang paling berjaya iaitu Matt Busby dan Alex Ferguson.

Kedudukan United di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, sembilan mata di belakang pendahulu Arsenal langsung tidak membantu Van Gaal memenangi hati peminatnya.

Klopp yang pasukannya tiga mata di belakang skuad Van Gaal berkata: “Saya tidak begitu memerhatikan sangat berita mengenai Manchester United minggu lalu. Saya langsung tidak minat dengan apa yang berlaku.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:18 AM