Jeddah: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas pembantu rumah warga Filipina selepas mendapati dia bersalah mengancam menyihir anak bekas majikannya.

Mahkamah juga mengarah wanita itu diusir dari Arab Saudi selepas menjalani hukuman penjara berkenaan.

Warga Filipina itu didapati bersalah selepas pendakwa raya menunjukkan gambar dan teks pesanan ringkas yang dihantar wanita itu kepada isteri bekas majikannya.

Akhbar Al Watan melaporkan, pembantu rumah itu menafi menghantar mesej berkenaan, sebaliknya mendakwa seorang lagi pembantu rumah yang bekerja bersama-samanya menghantar mesen berkenaan mengguna telefon bimbitnya. - Agenci

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 11:32 PM