Orang ramai membawa poster bertulis ‘Kami Tidak Takut’ ketika berhimpun di Jakarta hari ini, mengecam serangan bom semalam. - Foto REUTERS
Orang ramai membawa poster bertulis ‘Kami Tidak Takut’ ketika berhimpun di Jakarta hari ini, mengecam serangan bom semalam. - Foto REUTERS

Jakarta: Seorang lelaki disyaki militan mati ditembak polis Indonesia serta dua lagi ditahan petang ini dalam operasi pihak berkuasa negara itu membasmi pengganas di seluruh negara.

Lelaki disyaki militan itu terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di Sulawesi Tengah manakala dua lagi ditahan di Cirebon, Jawa Barata.

Walaupun ketiga-tiga mereka dipercayai penyokong Negara Islam (IS) namun mereka tiada kaitan dengan kumpulan yang melakukan serangan bom di Jakarta semalam, yang menyaksikan lima penyerang maut dan dua orang awam terbunuh.

Pagi tad polis Indonesia menahan tiga lelaki kerana disyaki mempunyai kaitan dengan serangan bom di Jalan Thamrin itu serta menemui bendera IS di rumah seorang penyerang.

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Kolonel Khrisna Murti, berkata penahanan tiga lelaki itu dilakukan di rumah mereka di Depok, pinggir Jakarta. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 8:42 PM