Mayat seorang mangsa terbaring di atas jalan raya. - Foto REUTERS
Mayat seorang mangsa terbaring di atas jalan raya. - Foto REUTERS
Polis Indonesia mengambil kedudukan ketika memburu lelaki bersenjata yang terbabit dalam serangan bom di sebuah bangunan menempatkan Starbucks di Jakarta. - Foto  AFP
Polis Indonesia mengambil kedudukan ketika memburu lelaki bersenjata yang terbabit dalam serangan bom di sebuah bangunan menempatkan Starbucks di Jakarta. - Foto AFP
Dua mayat terbaring di jalan raya di luar pos polis yang duserang militan. - Foto  AFP
Dua mayat terbaring di jalan raya di luar pos polis yang duserang militan. - Foto AFP
Mayat mangsa letupan terbaring di atas jalan ketika polis Indonesia mengambil kedudukan untuk menyerang militan. - Foto REUTERS/BEAWIHARTA
Mayat mangsa letupan terbaring di atas jalan ketika polis Indonesia mengambil kedudukan untuk menyerang militan. - Foto REUTERS/BEAWIHARTA

Jakarta: Polis Indonesia menembak mati empat orang disyaki militan yang terbabit dalam serangan bom menyebabkan tiga maut di sebuah bangunan menempatkan kafe Starbucks bandar raya ini, petang ini.

Menurut Reuters, jurucakap polis, Iqbal Kabid, berkata: “Kami mengepung dan menutup sepenuhnya bangunan itu.

“Pertempuran antara polis dengan militan berlaku dalam pawagam di bangunan berkenaan.”

Media Indonesia melaporkan enam letupan berlaku dan menurut saksi tembak menembak masih kedengaran selepas beberapa jam serang bom berkenaan.

“Tingkap Starbucks pecah akibat letupan itu. Saya nampak tiga mayat di atas jalan serta bunyi tembakan. Saya lihat ada seseorang di atas bumbung dan polis mengacukan senjata api kepadanya,” kata jurugambar Reuters

Menurut Metro TV, polis mengesyaki ada 14 lelaki bersenjata terbabit dalam serangan itu dan penembak tepat ditempatkan di atas bumbung bangunan sekitar tempat kejadian.

Sementara itu AP melaporkan, sekurang-kurangnya tiga penyerang nekad meletupkan bom dalam Starbucks serta beberapa lelaki bersenjata menyerang pos polis berdekatan.

Menurut AP, seorang lagi jurucakap polis, Anton Charliyan, berkata Indonesia menerima ancaman daripada pihak yang mengaku sebagai Negara Islam (IS) yang mahu menjadikan negara itu sebagai sasaran namun setakat ini, polis belum dapat memastikan siapa yang melakukan serangan bom ini.

Menurut media, seorang rakyat Belanda dan seorang lagi rakyat asing antara yang terbunuh namun ia belum dapat disahkan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2016 @ 3:17 PM