ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan selepas kumpulan militan Al-Shabaab menyerang kompleks kementerian di ibu negara Somalia.
ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan selepas kumpulan militan Al-Shabaab menyerang kompleks kementerian di ibu negara Somalia.
AFP

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 11 orang maut termasuk timbalan menteri buruh dalam serangan kumpulan bersenjata dan letupan di kompleks kementerian di ibu negara Somalia.

Serangan diakui dilaksanakan kumpulan militan Al-Shabaab itu bermula dengan dua letupan di pintu pagar kompleks kementerian buruh dan kerja raya.

Menurut polis, sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata kemudian menyerbu bangunan berkenaan yang mencetuskan tembak-menembak apabila anggota keselamatan bergegas menghalang mereka.

Pengarah perkhidmatan ambulans Aamin, Abdukadir Abdirahman Adan berkata: “Seramai 11 orang maut, termasuk tiga wanita manakala 15 yang lain cedera.”

Senator Ilyas Ali Hassan mengesahkan Timbalan Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial, Saqar Ibrahim Abdalla, turut terbunuh.

Pegawai polis, Ibrahim Mohamed berkata semua penyerang terbabit mati dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2019 @ 11:22 PM