Lelaki ini kini dicari polis selepas didakwa membuat ugutan jenayah terhadap pengarah filem, semalam.
Lelaki ini kini dicari polis selepas didakwa membuat ugutan jenayah terhadap pengarah filem, semalam.
Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Pengarah filem berusia 29 tahun berdepan detik mencemaskan apabila tiba-tiba dikepung dua penunggang motosikal sebelum kereta dipandu diketuk dan dikejar dalam kejadian di Lebuhraya Kesas, semalam

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa yang memandu kereta menghala ke pusat bandar diekori dua lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisoner Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu berada di kiri dan kanan dan mangsa turut mendengar mereka mengetuk keretanya sebelum dia bertindak memecut ke arah Tol Awan Besar.

"Penunggang motosikal itu mengejar mangsa sehingga ke Sungai Besi sebelum seorang daripada mereka mengambil gambar kereta dinaiki mangsa.

"Berikutan kejadian itu, mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran dan polis kini mengesan dua suspek warga tempatan berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2016 @ 10:06 PM