STADIUM Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
STADIUM Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. FOTO Syamsi Suhaimi
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan untuk menukar warna stadium kepada merah jambu sekiranya ada surat permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Fattah Mahmood berkata, setakat ini tiada surat permohonan daripada KAFA untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad IV.

"Perkara itu (tukar warna stadium) akan diputuskan dalam mesyuarat sebab banyak benda yang perlu dibincangkan termasuk kos dan siapa yang mahu menanggungnya.

"Kos untuk mengecat stadium sekurang-kurangnya RM60,000," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas syarat yang dituntut Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang mahu stadium ditukar warna kepada merah jambu sebelum menaja skuad bola sepak Kelantan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 5:06 PM