Annuar bersama Hasmiza dan sebahagian pemain skuad Kelantan. Foto NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN
Annuar bersama Hasmiza dan sebahagian pemain skuad Kelantan. Foto NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman secara terbuka mencabar juara Piala AFC dan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya saingan liga pada 13 Februari depan.

"Kalau boleh saya berhasrat mahu pasukan Kelantan berlawan dengan Johor DT dalam perlawanan persahabatan dan saya yakin skuad Pamoga Qu Putih The Red Warriors (PQPTRW).

"Saya harap ianya dapat dijalankan dalam masa terdekat sebelum bermulanya saingan Liga Super bulan depan," kata Dr Hasmiza pada Majlis Memeterai Perjanjian Penajaan di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, usahawan kosmetik terkenal itu bersetuju untuk menaja sejumlah RM16 juta selama dua musim.

Malah, Dr Hasmiza atau lebih popular dengan panggilan Dr Vida turut meletakkan 35 syarat kepada KAFA dengan syarat utamanya mahu mengecat keseluruhan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, dalam majlis itu KAFA masih enggan mengumumkan barisan pemain musim ini sebaliknya akan melakukannya selewat-lewatnya 22 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 8:31 PM