KEMPEN terbaru Nippon Paint #WarnaiHidupBaru berkongsi detik bermakna melangkah ke alam perkahwinan.
KEMPEN terbaru Nippon Paint #WarnaiHidupBaru berkongsi detik bermakna melangkah ke alam perkahwinan.
PENGGUNAAN cat tekstur Momento Nippon Paint yang menghasilkan kemasan berbeza dan menjadi titik tumpu.
PENGGUNAAN cat tekstur Momento Nippon Paint yang menghasilkan kemasan berbeza dan menjadi titik tumpu.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Dalam melalui setiap detik kehidupan, warna banyak memainkan peranan kerana tanpa sedar kita dikelilingi elemen itu.

Setiap individu berhak menilai dan menghargai warna dengan cara tersendiri mengikut persepsi masing-masing.

Ramai mengakui hijau menenangkan dan memulihkan tapi ada yang mendakwa ia antara warna yang memantulkan keindahan serta ketenangan.

Merah pula terus dikaitkan dengan semangat dan tenaga tapi bagi sesetengah individu lain warna itu melambangkan keberanian.

Bagi meraikan detik berharga dengan warna, Nippon Paint melancarkan kempen #WarnaiHidupBaru atau #PaintNewHappiness, baru-baru ini.

Kempen terbaru itu bertujuan meraikan pelbagai peristiwa penting dalam kehidupan setiap masyarakat negara ini sama ada secara peribadi atau emosi.

Ia mengingatkan setiap individu berkenaan keceriaan dan keseronokan yang dibawa dalam setiap peristiwa bersejarah dalam hidup seperti akad nikah, kelahiran bayi, persediaan untuk persaraan, kepulangan cucu. Selain peringkat kehidupan seperti mendapatkan rumah baru, meraikan ulang tahun atau perjumpaan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan.

Kempen berkenaan turut menekankan bahawa warna adalah sesuatu yang sangat peribadi, kerana ia mencerminkan personaliti setiap individu.

Turut terbabit dalam kempen #WarnaiHidupBaru adalah pasangan selebriti yang baru berkahwin iaitu Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Amyra dan Amar turut berkongsi fasa baru kehidupan mereka yang beralih dari bujang ke alam perkahwinan.

Malah, warna memainkan peranan penting dalam peralihan besar kehidupan baru dua merpati sejoli itu.

Amyra diterima baik keluarga mentua dan disambut mesra sebagai anak perempuan baru dalam keluarga itu.

Hal itu dizahirkan melalui pemilihan warna bermakna untuk persiapan bilik tidur mereka di kediaman keluarga Amar.

Menurut Amar, dia dan keluarga begitu teruja mengubah suai dan memilih warna cat baru untuk bilik tidurnya itu.

“Sebelum ini, warna bilik saya berbeza tapi sebab kami mahu sambut Amyra dan buat dia rasa seperti berada di rumah sendiri, jadi pengubah suaian dilakukan.

“Kami berbincang memilih warna kegemaran Amyra iaitu kombinasi merah jambu dan ungu,” katanya.

Bagi menambahkan seri bilik itu, selain menggunakan warna dinding polos, Amar turut menggunakan cat tekstur Momento Nippon Paint di satu sudut dinding.

“Pemilihan warna dinding dan kelengkapan dalam bilik itu semuanya mengikut cita rasa Amyra. Saya tidak kisah kerana mudah untuk serasi dan terima apa jua warna.

“Palet warna yang disediakan Nippon Paint sangat banyak dan waktu itu sukar untuk memilih kerana bimbang tidak mahu tersalah pilih.

“Paling teruja penggunaan cat Momento Nippon Paint ini adalah pengalaman pertama dan berharga kerana banyak yang saya pelajari serta teruja dengan hasilnya,” katanya.

Bagi Amyra pula, dia ternyata terharu hingga mengalir air mata saat pertama kali melangkah masuk ke dalam bilik berkenaan.

“Saya sangat teruja dan terharu waktu pertama kali tengok sebab sebelum ini bilik saya hanya ada cat biasa saja dan tidak pernah gunakan cat tekstur. Jadi sememangnya hasil kerja Amar dan keluarga memang berbeza,” katanya.

Melalui kempen berkenaan, Nippon Paint berharap dapat memupuk dan pelbagai mencipta kenangan manis dalam kehidupan masyarakat negara ini melalui keajaiban warna untuk acara berbeza dan situasi berbeza.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Disember 2016 @ 5:01 AM