FOTO arkib NSTP Aizuddin Saad
FOTO arkib NSTP Aizuddin Saad
Oleh Rizanizam Abdul Hamid


Kuala Lumpur: Penyedia aplikasi teksi dalam talian, GrabCar bersedia mematuhi semua garis panduan operasi yang ditetapkan kerajaan bagi mewujudkan rangka pengaturan sistem teksi yang lebih efisien di negara ini.

Menurut jurucakapnya,seiringan tu Grabcar juga akan memastikan keselamatan pengguna serta bersifat fleksibel sebagaimana yang diperlukan untuk memberi penyelesaian inovatif kepada industri pengangkutan awam.

"Sehingga ke hari ini, kami telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan keselamatan bagi pemandu dan penumpang GrabCar seperti syarat-syarat yang ketat sebelum menjadi pemandu.

"Antaranya termasuk, pemeriksaan kenderaan, semakan latar belakang pemandu, pemeriksaan kesihatan bagi pemandu yang berumur 50 tahun ke atas, dan menuntut pemohon untuk hadir dan mendaftar sendiri supaya semakan dokumen mereka boleh dilakukan," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Tambahnya lagi, untuk meningkatkan keselamatan, GrabCar juga telah menyediakan Insuran Kemalangan Diri yang memberi perlindungan kepada pemandu dan penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 1:40 PM