Oleh Sudirman Mohd Tahir


2015 dianggap tahun bertuah buat Nazrief Nazri apabila tercalon sebagai Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ABPBH 2014.

Dalam pada seronok menikmati detik manis itu, nama jejaka berusia 24 tahun ini tiba-tiba terpalit kontroversi berikutan tersebarnya foto dia menggayakan pakaian dalam pada sebuah acara peragaan fesyen tiga tahun lalu.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri menjelaskan itu kisah lama sebelum menceburi bidang seni.

“Memandangkan ia sudah lama berlaku, saya tak terasa sangat. Cuma mungkin sebab saya sudah mula dikenali, jadi ada pihak cuba mengambil kesempatan.

“Bagaimanapun, saya tak berani cakap ia ada unsur sabotaj. Saya tak pernah bermusuh atau bergaduh dengan sesiapa. Jadi saya anggap ia perkara biasa dalam industri hiburan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 6:40 AM