BLATTER (kiri) dan Platini. FOTO Reuters
BLATTER (kiri) dan Platini. FOTO Reuters

Zurich: Mahkamah FIFA hari ini menggantung Sepp Blatter dan Michel Platini selama lapan tahun selepas mendapati mereka bersalah menyalahgunakan kedudukan mengenai pembayaran AS$2 juta (RM8.6 juta) terhadap presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang digantung itu.

Kedua-duanya digantung serta-merta daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Blatter, presiden FIFA sejak 1998, didenda 50,000 Swiss francs (RM216,000) manakala Platini didenda 80,000 Swiss francs (RM345,000).

Satu kenyataan mahkamah itu menyebut kedua-duanya menyalahgunakan kuasa dimiliki mereka.

Dalam kes Platini, mahkamah itu menyebut beliau “gagal bertindak dengan kredibiliti dan integriti, membuktikan beliau tidak memahami kepentingan tugasnya.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 7:12 PM