NENEK Allahyarham, Meah Md Saat, 91, menatap jenazah Zulkifli sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
NENEK Allahyarham, Meah Md Saat, 91, menatap jenazah Zulkifli sebelum dikebumikan selepas solat Zohor. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bukit Gantang: Jenazah pendaki Malaysia, Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, tiba di kediaman datuknya di Kampung Temerlok, Trong pada jam 11.45 pagi tadi.

Jenazah disambut oleh penduduk dan dibawa masuk ke kediaman datuknya sebelum bacaan tahlil dibuat oleh hampir 100 penduduk serta sanak saudara.

Jenazah dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Mahmudiah, di sini selepas solat Zohor.

Terdahulu pesawat kargo Korean Airlines (KE373) yang membawa jenazah Allahyarham mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, di sini, pada 8.42 pagi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan pulang ke tanah air pada 7.15 pagi Rabu (waktu tempatan), dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 12:43 PM