Revolusi Perindustrian 4.0 sudah tiba dan sedang menjadi kenyataan. Foto - APU
Revolusi Perindustrian 4.0 sudah tiba dan sedang menjadi kenyataan. Foto - APU
Syamirul Hakimi Ismail

Kebangkitan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang dicetuskan gabungan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), automasi dan amalan industri tradisional bakal melahirkan peluang kerjaya baharu.

Cara kerja dan berinteraksi menggunakan teknologi sedang mengubah kerjaya dalam era IR 4.0 yang memerlukan gabungan kemahiran seperti analisis data, keselamatan siber, robotik dan pembelajaran mesin.

Seiring perkembangan transformasi digital ini, individu yang mempunyai kepakaran yang betul akan berada di barisan hadapan, mengecapi kemajuan inovasi yang membawa kepada perubahan dalam komuniti dan ekonomi kita.

Kerjaya sejajar dengan IR 4.0

Ketua Pegawai Inovasi & Perusahaan di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Profesor Dr Vinesh Thiruchelvam sudah mengenal pasti beberapa laluan kejayaan sejajar dengan landskap IR 4.0.

Antara kerjaya yang sejajar dengan landskap IR 4.0 ialah:

  1. Penganalisis Data

Penganalisis data adalah kunci untuk membuka potensi mesin pintar. 

Ia bertindak sebagai penyahkod atau alat lanjutan bagi menterjemah sejumlah data besar yang dijana berkaitan dengan cerapan yang boleh memberikan cadangan untuk sebarang penambahbaikan.

Data ini ialah kod tersembunyi yang membolehkan kita mengoptimumkan pengeluaran, meramal sebarang kegagalan peralatan dan juga menambah baik pengalaman pelanggan kerana ia adalah aspek penting bagi inovasi IR 4.0.

  1. Pakar Keselamatan Siber dan Forensik Digital

Pakar keselamatan siber atau forensik digital bukan sekadar perlu celik teknologi, malah mereka juga merupakan pemikir strategik, menjangka kelemahan dan melaksanakan langkah pencegahan bagi memastikan operasi sistem IR 4.0 berjalan dengan lancar. 

Bukan itu saja, mereka ini juga berperanan melindungi data rahsia, infrastruktur kritikal dan harta intelek daripada serangan siber.

  1. Jurutera Robotik

Jurutera robotik menggabungkan kepakaran mereka dalam kejuruteraan mekanikal, sains komputer dan kejuruteraan elektrik untuk membentuk dan membina robot yang mampu melaksanakan tugas yang kompleks dan tepat.

Mereka sentiasa melangkaui had sempadan robotik, menyepadukan AI dan pembelajaran mesin untuk mencipta robot generasi baharu yang boleh bekerja disamping manusia.

Universiti sebagai pengasah kemahiran

Bagi melahirkan tenaga kerja masa depan yang dibentuk oleh IR 4.0 dan AI, pihak universiti mesti berubah menjadi makmal inovasi.

Menyepadukan teknologi ke dalam infrastruktur kampus itu sendiri, mewujudkan persekitaran "kampus pintar".

Prof Vinesh berkata kurikulum perlu sentiasa dikemas kini bagi memastikan keperluan pekerjaan terkini diperolehi.

"Semua pelajar yang bukan sahaja dalam program tertentu harus mengemudi peralihan landskap digital yang pesat berkembang melalui kerja kursus dan aplikasi kampus mereka. 

"Melalui pendedahan ini, pelajar akan memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran teknologi, sekaligus membentuk kerjaya masa hadapan mereka," katanya.

Strategi penting untuk membina kerjaya 

IR 4.0 sedang merevolusikan sektor pembuatan dengan menggabungkan alam fizikal dan digital melalui penyepaduan aplikasi AI dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

Penyepaduan ini membolehkan pengeluar menambah baik proses pengeluaran mereka turut dibantu oleh elemen pengkomputeran dan robotik untuk hasil yang lebih berkesan, dan mengurangkan risiko keselamatan.

Menurut Prof Vinesh lagi, institusi pendidikan perlu bekerjasama dengan pakar industri yang berkhidmat dengan Panel Penasihat Industri (IAP).

"Pakar-pakar ini menawarkan pandangan yang tidak ternilai mengenai kemahiran dan trend kerjaya terkini dalam membentuk kurikulum yang memenuhi keperluan tenaga kerja dan industri semasa.

"Usaha kolaboratif seperti ini memastikan program pendidikan kekal relevan dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam dunia IR 4.0 yang dinamik," katanya.

Sebagai perintis dalam bidang teknologi, APU akan sentiasa memastikan kurikulumnya menggunakan perisian terkini dan membolehkan pelajar terbabit secara aktif selaras dengan prinsip Society 5.0, wawasan untuk masa depan yang diperkenalkan kerajaan Jepun pada 2016.

Terkenal dengan pendekatan inovatifnya, Prof Vinesh menekankan bahawa APU akan terus mendahului dalam memperkenalkan program baharu, termasuk robotik, teknologi dron, AI, analisis data dan keselamatan siber, menawarkan kurikulum khusus yang disesuaikan dengan bidang kepakaran tertentu.

Dengan menekankan hasil pembelajaran sejajar dengan penerapan trend teknologi baharu dan sentiasa berkembang terutamanya dalam bidang AI dan automasi termaju.

Pendekatan pengajaran inovatif di APU 

APU menerapkan sistem Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) yang mengambil kira pendekatan dinamik yang menyepadukan penyelesaian kreatif, pemikiran terbuka dan pemikiran reka bentuk ke dalam semua aspek pembelajaran.

Cara ini akan membantu pelajar APU sendiri dalam mengembangkan kreativiti serta membolehkan mereka membuat keputusan melaksanakan projek secara inovatif dan berfikiran analitikal.

Secara tidak langsung, pelajar APU akan menyumbang kepada nilai profesional dan pembangunan yang mampan melalui pembangunan aplikasi berteraskan teknologi yang kompleks dan canggih dengan bantuan perisian terkini dan peranti pemantauan masa nyata.

Pembelajaran praktikal dan kebolehpasaran

Pembabitan pelajar dalam persekitaran industri sepanjang tempoh berada di universiti, mereka mampu memupuk peluang latihan sambil bekerja yang tidak ternilai.

Ia bermula dengan ahli akademik yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memudahkan pemindahan pengetahuan dan teknologi yang lancar kepada komuniti pelajar APU.

Kesan pendekatan ini dimaksimumkan apabila disokong infrastruktur yang sejajar dengan piawaian industri seperti:

  1. Cyberange dan Pusat Forensik Digital 
  2. Pusat Operasi Keselamatan (SoC)
  3. OmiLab untuk IoT
  4. Pusat dan Makmal Robotik 6-Axis 
  5. Makerspace dengan keupayaan pencetakan 3D
  6. AI Studio dengan perkakasan Intel
  7. Pusat Drone dan IoT
  8. Makmal Analitis dengan perisian SAP 4.0 NextGen
  9. Ruang Inovasi Web3 untuk pembangunan blockchain
  10. Pusat Psikologi dilengkapi dengan mesin EEG atau sistem pengesanan berasaskan AI
  11. Makmal Komputer Vision 
  12. Studio XR untuk VR/AR/MR 

Bukti kerjaya masa depan anda

Untuk berkembang dengan maju dalam pasaran dinamik masa kini, Prof Vinesh berkata pelajar harus merebut peluang melangkaui batas kurikulum akademik mereka.

"Pelajar perlu membabitkan diri secara aktif  dalam menyertai bengkel, seminar dan ceramah yang diketuai oleh pakar industri dan profesional yang menawarkan pandangan yang tidak ternilai tentang perkembangan dunia sebenar. 

"Dengan menyertai kelab profesional dan pertandingan seperti ini, pelajar bukan saja dapat mengasah kemahiran mereka tetapi juga mendapat pendedahan kepada trend pekerjaan, transformasi digital dan teknologi canggih seperti sistem analitik dan siber-fizikal. 

"Pengalaman ini bukan sahaja membuka jalan untuk pensijilan tetapi juga meningkatkan keterlihatan dan kesediaan pelajar untuk tuntutan tenaga kerja moden," katanya. 

Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 11:35 AM