Mohammad Asyraf Khalib

SELEPAS dua tahun siri HUAWEI Mate menyepi, tahun ini model telefon pintar yang menjadi rebutan pengguna itu kembali dengan siri terbaharu HUAWEI Mate 50.

Lebih mengagumkan, pelancaran siri HUAWEI Mate 50 menampilkan pelbagai kejutan membabitkan teknologi berkelas tinggi, menjadikannya sebagai peranti peneraju dalam industri.

Paling mengujakan, HUAWEI turut mengumumkan bahawa penggunanya kini dapat mengakses semula Google Mobile Services (GMS) dengan mudah dan lancar menerusi aplikasi Lighthouse.

Kamera, skrin luar biasa

Dari segi kualiti kamera, model asas siri Mate 50 menawarkan kelainan menerusi penyertaan kamera pengimejan berjenama XMAGE dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz dan apertur bersaiz besar F1.4yang pertama dalam industri. 

Kamera serba canggih ini berfungsi dengan enjin imej XD Fusion Pro, mampu memerangkap lebih banyak cahaya bagi menetapkan tahap kecerahan gambar, kadar cahaya dan butiran bayang-bayang imej. HUAWEI Mate50 Pro turut mendapat tempat pertama dalam ranking kamera telefon pintar DXOMark. 

FOTO oleh Abeden Mung untuk HUAWEI

Sementara itu, model HUAWEI Mate 50 Pro dengan kemasan kulit berwarna oren pula tampil lebih gah menerusi penyertaan skrin paparan yang diperbuat daripada kaca Kunlun, mengandungi 10 kuadriliun nanokristal, menjadikannya lebih kuat dan tahan terhadap sebarang hentakan. 

Lebih menarik, model ini juga menjadi telefon pintar pertama yang mendapat pensijilan lima bintang bagi rintangan titisan kaca daripada SGS Switzerland serta dilengkapi dengan teknologi kalis air berkadar IP68 sehingga enam meter di bawah air.

Lancar dan berkuasa

Walaupun siri telefon pintar HUAWEI Mate 50 dilengkapi dengan bateri sebesar 4,700mAh, ia tetap direka ringan berbanding model terdahulu menjadikannya lebih selesa dalam genggaman.

Peranti ini turut dilengkapi teknologi SuperEnergy Boosting, membolehkan peranti berada dalam mod bersedia lebih dua jam atau sehingga 12 minit untuk panggilan walaupun bateri hanya berbaki satu peratus. 

Selain itu, peranti ini juga menjadi peranti HUAWEI yang pertama disertakan sistem operasi pintar EMUI 13.

Menerusi sistem operasi baharu ini, pengguna dapat memanfaatkan fungsi SuperStorage yang dapat mengalih keluar fail pendua dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan secara automatik.

Fungsi ini sekali gus membantu menjimatkan sehingga 20GB ruang storan serta menawarkan lebih banyak ruang untuk foto dan video.

SuperHub pula membenarkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks buat sementara waktu sebelum berkongsi secara berperingkat menerusi pemindahan aplikasi ke peranti dengan mudah.

Tingkat ciri keselamatan HUAWEI AppGallery

Bagi pengguna setia HUAWEI, sudah tentu HUAWEI AppGallery menjadi aplikasi harian yang sangat memudahkan urusan anda.

Namun, bagi pengguna baharu yang masih bimbang mengenai keselamatan dan privasi saat menggunakan aplikasi ini, sebenarnya anda boleh membuat semakan keselamatan sejak dari awal aplikasi dilancarkan.

Cara untuk mencari ciri keselamatan ini cukup mudah, anda hanya perlu pergi ke 'AppGallery', kemudian pilih 'Saya' dan masuk ke bahagian 'Pemeriksaan Keselamatan' seterusnya pilih 'Imbas'.

Pelbagai ciri keselamatan seperti imbasan virus, pengesanan penipuan, perlindungan privasi, semakan tingkah laku berniat jahat dan petua keselamatan boleh dilakukan hanya dengan satu klik.

HUAWEI kini ada Google!

Berita baik buat pengguna HUAWEI, jika sebelum ini anda tidak dapat menggunakan sebarang kemudahan GMS seperti Google Map, Google Meet atau YouTube, tetapi kini HUAWEI mengembalikan semua fungsi itu.

Menariknya, pengguna boleh memuat turun semua aplikasi Google menerusi aplikasi Lighthouse dalam HUAWEI AppGallery seperti di bawah:

  1. Buka HUAWEI AppGallery dan cari aplikasi Lighthouse
  2. Muat turun dan lancarkan aplikasi aplikasi Lighthouse
  3. Pergi ke 'Tetapan', pilih 'Aplikasi', tekan butang tetapan di sudut kanan atas, pilih tambah akaun dan terus log masuk ke akaun Google. 
  4. Pergi ke AppGallery, cari mana-mana aplikasi google yang anda inginkan dan muat turun.
  5. Aplikasi Google siap dilog masuk dengan akaun pengguna dan sedia untuk digunakan.

Selain HUAWEI Mate 50 Series, kemudahan aplikasi Google juga boleh digunakan pada beberapa peranti HUAWEI yang lain seperti:

  • Siri HUAWEI Mate50
  • Siri HUAWEI Nova10 
  • HUAWEI Nova Y90
  • HUAWEI Y70 
  • HUAWEI Nova 9 
  • HUAWEI 9SE 
  • HUAWEI P50 
  • HUAWEI P50 Pro 
  • HUAWEI P50 Pocket 
  • HUAWEI Mate Xs 2 
  • HUAWEI Matepad 10.4 
  • HUAWEI Matepad Pro11
  • HUAWEI Matepad SE 
  • HUAWEI Matepad Pro 12.6

Perlu diingat, penggunaan aplikasi Google ini hanya disokong pada peranti HUAWEI yang memiliki perisian rasmi versi Malaysia sahaja.

Bagi mereka yang teruja dengan kemunculan siri HUAWEI Mate 50, peranti baharu ini hadir dalam dua warna iaitu hitam dan perak yang masing-masing dijual pada harga RM3,699 untuk model 256GB.

Sementara itu, bagi model HUAWEI Mate 50 Pro 256GB, ia dijual pada harga RM4,499, manakala model dengan kemasan kulit berwarna oren dengan 512GB berharga RM5,299.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terawal menggunakan siri HUAWEI Mate 50 dengan mengunjungi HUAWEI Experience Store dan HUAWEI Online Stores, atau layari kedai dalam talian Shopee dan Lazada untuk menikmati ganjaran menarik serta hadiah misteri daripada HUAWEI. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 12:17 AM