PENYERANG Bergson Da Silva (kiri) dan kapten Jordi Amat (kanan) bakal memperkuatkan JDT menghadapi Malaysian University FC dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. -FOTO Johor Southern Tigers.
PENYERANG Bergson Da Silva (kiri) dan kapten Jordi Amat (kanan) bakal memperkuatkan JDT menghadapi Malaysian University FC dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. -FOTO Johor Southern Tigers.
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (JDT) mahu mengekalkan momentum kemenangan untuk memastikan langkah ke separuh akhir tidak terjejas apabila berdepan Malaysian University FC dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio akan mempertaruhkan kesebelasan terbaik walaupun sudah memiliki kelebihan jaringan selepas membelasah skuad kendalian Rdizuan Abu Shah 5-0 dalam aksi suku akhir pertama di stadium yang sama pada 29 Jun lalu.

Katanya, pemain harus turun dengan lebih agresif dan kemungkinan pasukan Malaysian University FC akan beraksi secara bertahan kerana tidak apa yang merugikan mereka seandai tewas lagi pada pertemuan kali ini.

"Mereka akan bermain secara kompak bagi mengelak gawang dibolosi dan akan tunggu peluang terbaik menerusi serangan balas. Kami tidak boleh terlalu ghairah untuk mencari gol, sebaliknya perlu berwaspada dengan taktikal pasukan lawan.

"Kami akan meningkatkan lagi intensiti permainan dengan tampil corak serangan yang lebih tersusun dan akan beraksi lebih konsisten," katanya.

Pengendali kelahiran Argentina itu, kemungkinan akan menurunkan barisan utama dengan kelibat Jordi Amat dan Bergson Da Silva yang tidak diturunkan pada suku akhir pertama bakal kembali membuat penampilan.

Beliau juga mengesahkan penyerang, Fernando Forestieri masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahu kanan dan kemungkinan tidak akan diturunkan manakala pemain tengah Juan Muniz dijangka berada dalam kesebelasan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 11:13 AM