J&T Express menerima kaedah bayaran tanpa tunai menggunakan DuitNow bagi perkhidmatan COD - FOTO J&T Express
J&T Express menerima kaedah bayaran tanpa tunai menggunakan DuitNow bagi perkhidmatan COD - FOTO J&T Express
Mohammad Asyraf Khalib

PERALIHAN teknologi menyaksikan digitalisasi mula mengambil tempat dalam kehidupan seharian. 

Jika dahulu aktiviti urus niaga di kedai fizikal banyak menggunakan wang tunai, tetapi kini pengguna tampak selesa memanfaatkan platform digital untuk membuat bayaran.

Jumlah pengguna di platform beli-belah dalam talian juga meningkat mendadak memandangkan ramai yang mahukan pembaharuan dan kemudahan berasaskan teknologi.

Bagaimanapun, membeli-belah secara dalam talian tidak semudah disangka kerana masih terdapat beberapa kekangan yang mungkin membebankan pengguna. 

Antaranya, pengguna yang memilih perkhidmatan Cash On Delivery (COD) atau tunai selepas terima perlu menyediakan wang tunai bagi membuat bayaran ketika menerima barang. 

Dalam keadaan tertentu, kaedah ini mungkin kurang efisien terutama saat pengguna ketiadaan wang tunai sehingga menyebabkan penghantar terpaksa menunggu lama untuk menyempurnakan serahan.

Menyedari perkhidmatan ini perlu ditambah baik, syarikat logistik terkemuka, J&T Express Malaysia tampil menawarkan kaedah pembayaran tanpa tunai menggunakan DuitNow untuk servis COD.

Cepat dan mudah

Dengan DuitNow, pengguna J&T Express tidak perlu bersusah payah menyediakan wang tunai untuk membayar caj COD kerana ia boleh dilaksanakan dengan mudah menerusi imbasan kod QR.

Berkongsi maklum balas sebagai pengguna, Azlina Ambit, 30 ketika ditemubual Harian Metro meluahkan rasa lega kerana pembayaran tanpa tunai yang diperkenalkan J&T Express sangat memudahkan urusan.

"Saya dan suami masing-masing bekerja. Jadi, kebanyakan barang termasuk keperluan runcit selalu dibeli secara dalam talian dan kaedah COD ke tempat kerja memang menjadi pilihan.

"Pernah suatu hari, saya berdepan masalah apabila terlupa membawa wang ke tempat kerja kerana terbiasa membuat bayaran tanpa tunai sehingga terpaksa meminjam wang daripada rakan untuk membayar caj COD.

"Kejadian itu agak memalukan dan menyebabkan saya berfikir banyak kali untuk terus menggunakan servis COD. Namun, selepas J&T Express memperkenalkan kaedah bayaran menggunakan DuitNow, saya benar-benar lega," katanya.

Lebih selamat

Sementara itu, Nurul Nadia Zakaria, 35 berkongsi keterujaan selepas pertama kali mencuba kaedah COD menggunakan khidmat J&T Express yang dikatakan lebih selamat dan meyakinkan.

Menurut Nadia, sebelum ini beliau selalu mengelak menggunakan servis COD kerana berpendapat kaedah itu rumit dan mempunyai risiko tersendiri. 

"Saya membeli barang dalam talian kerana saya inginkan kemudahan dalam bayaran tanpa tunai. Jika saya masih perlu menyediakan wang tunai ketika COD, sebaiknya saya membeli barang secara konvensional di kedai sahaja,"katanya.

Tambah Nadia, kaedah bayaran secara tunai mempunyai risiko tersendiri kerana pelanggan mungkin tercicir wang tunai atau berisiko diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai penghantar.

"Selepas J&T Express memperkenalkan bayaran tanpa tunai menggunakan DuitNow, saya terus mencuba servis ini dan ternyata ia lebih meyakinkan, selamat serta cepat," katanya.

Bayar guna DuitNow, tebus baucar

Langkah mudah untuk menebus baucar penghantaran percuma - FOTO J&T Express

Kini, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana J&T Express menerima kaedah bayaran secara tunai atau tanpa tunai bagi perkhidmatan COD. 

Paling menarik, pelanggan yang membayar tanpa tunai menerusi DuitNow bagi servis COD J&T Express  dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023, berpeluang menikmati baucar penghantaran secara percuma bernilai RM3. 

Untuk menebus baucar penghantaran percuma berkenaan, ikuti langkah mudah seperti di bawah:

  1. Buat pembelian secara dalam talian dari 1 November 2022 hingga 31 Januari 2023.
  2. Pilih servis penghantaran COD oleh J&T Express.
  3. Tunggu penghantar J&T Express tiba di lokasi penghantaran yang ditetapkan.
  4. Bayar tanpa tunai dengan hanya mengimbas kod QR DuitNow.
  5. Anda akan menerima kod baucar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) daripada J&T Express dalam tempoh 48 jam.
  6. Kunjungi Drop Point J&T Express berhampiran untuk menebus baucar berkenaan ketika menghantar barang.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, pilih servis COD daripada J&T Express dan buat pembayaran dengan DuitNow sekarang untuk dapatkan baucar diskaun RM3 melalui SMS.

Anda boleh mengunjungi Drop Point terdekat kami untuk menghantar bungkusan dan menikmati promosi ini.

*Tertakluk Terma dan Syarat
*Baucar penghantaran sah sehingga 31 Disember 2023

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2022 @ 3:33 PM