Nadiya tetap akan memastikan dirinya memasak untuk keluarga kerana ia pengikat kasih sayang antara mereka. - FOTO Nadiya Nisaa
Nadiya tetap akan memastikan dirinya memasak untuk keluarga kerana ia pengikat kasih sayang antara mereka. - FOTO Nadiya Nisaa
Hanis Aliaa Hidzir

TANGGUNGJAWAB sebagai seorang ibu bukanlah satu perkara mudah kerana walau sesibuk mana sekalipun seseorang wanita dengan kerjaya dan tugas harian, keluarga tidak pernah diketepikan.

Sejak pandemik melanda negara, peranan ibu semakin bertambah memandangkan kebanyakan isi rumah menghabiskan masa di rumah, terutamanya pada hujung minggu.

Keadaan ini pastinya memberikan lebih banyak cabaran bagi ibu-ibu yang berkerjaya, terutama dalam menyediakan hidangan yang enak, pantas dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Manfaatkan masa yang ada

Image

Sebagai seorang pelakon dan usahawan, Nadiya mengakui mempunyai jadual yang padat dan dia perlu mengimbangi tugasan di set penggambaran, menguruskan perniagaan makanannya serta memainkan peranan sebagai seorang ibu di rumah.

Namun, Nadiya tetap akan memastikan dirinya memasak untuk keluarga kerana ia pengikat kasih sayang antara mereka terutama apabila sejak kebelakangan ini Nadiya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga tersayang.

Tambahan pula, suami dan anak-anak amat menyukai air tangan Nadiya walaupun juadah yang dihidangkan cukup ringkas.

Disebabkan kesibukan, ibu kepada tiga cahaya mata ini sering menjadikan pasta sebagai pilihan utama untuk disajikan kepada keluarga selain ia juga merupakan hidangan kegemaran anak-anaknya.

Selain dimasak bersama sos pasta yang menjadi kebiasaan ramai, ia juga boleh dimasak dengan pelbagai cara dan bahan masakan berdasarkan cita rasa masing-masing.

Ketika ditemui, Nadiya juga tidak lokek berkongsi resipi hidangan pasta Mac & Cheese Tom Yam yang penuh aroma dan kelazatan dengan hanya menggunakan bahan-bahan mudah yang tersedia di rumah.

Hidangan ini bukan sahaja berkhasiat malah ringkas dan mudah disediakan serta menjadi kegemaran keluarganya.

Resipi Mac & Cheese Tom Yam

Bahan-bahan: 

  • 250gm Balducci Maccheroni
  • 300gm keju Mozarella 
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 250ml susu segar
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ biji bawang Holland
  • 3 biji bawang putih 
  • 1 batang serai
  • 2 biji cendawan Eryngii
  • 3 ekor udang
  • 1 batang lobak merah 
  • 6 potongan kecil bunga kubis
  • 4 biji tomato ceri 
  • 150ml air rebusan Maccheroni 
  • 3 cubit garam 

Cara memasak:

  1. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih
  2. Masukkan Maccheroni diikuti minyak zaitun dan garam
  3. Setelah masak, toskan dan simpan sedikit air rebusan untuk diguna kemudian
  4. Panaskan mentega di dalam kuali. 
  5. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga keperangan
  6. Masukkan cendawan Eryngii, pes tom yam, udang, limau purut dan air rebusan Maccheroni
  7. Seterusnya, masukkan lobak merah, tomato ceri dan bunga kubis
  8. Masukkan susu segar
  9. Masukkan Maccheroni ke dalam kuali dan gaul sekata. 
  10. Masukkan keju Mozarella
  11. Masukkan garam secukupnya

Nadiya turut mengakui dia menggunakan pasta tradisional Itali jenama Balducci kerana selain harganya yang berpatutan, pasta yang diadun dengan gandum Durum Australia ini merupakan pilihan sempurna baginya yang menitikberatkan kualiti makanan di samping sesuai dengan gaya hidupnya yang sibuk.

Image

Seperti yang dikatakan Nadiya, pasta Balducci sesuai buat ibu-ibu yang mencari makanan tradisional Itali yang mudah dimasak, halal dan dijual pada harga berpatutan.

Diperbuat daripada Gandum Durum Australia yang berkualiti, pasta Balducci sesuai buat seisi keluarga kerana ia tidak mengandungi bahan perisa atau pewarna tiruan.

Untuk maklumat lanjut, layari https://balduccipasta.com/ dan dapatkan pelbagai pilihan pasta Balducci menerusi kedai rasmi GBA atau GBA Official Store di Lazada dan Shopee sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 9:48 AM