Ramli Mohamed
Ramli Mohamed
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan menggunakan nama 'MIDF Investment' membabitkan kerugian RM2 juta setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, sindiket itu dikesan aktif menawarkan skim pelaburan berkenaan melalui aplikasi Facebook.

"Siasatan yang dijalankan mendapati skim ini menawarkan keuntungan tinggi hanya dalam tempoh tiga hingga enam jam selepas pelaburan dibuat.

"Sindiket menawarkan lapan pakej pelaburaan serendah RM300 (keuntungan RM13,999) hingva RM5,000 (keuntungan RM99,999)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pembayaran wang pelaburan dibuat melalui akaun bank persendirian yang diberoatai akaun keldai.

"Sindiket ini turut menggunakan logo Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dipercayai untuk mengelirukan mangsa.

"Sehingga kini sebanyak 72 laporan polis diterima daripada mangsa skim penipuan ini membabitkan kerugian kira-kira RM2.05 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 4:07 PM