PERSIDANGAN Majlis Ulama Asia 2024 yang berlangsung hari ini. FOTO Bernama.
PERSIDANGAN Majlis Ulama Asia 2024 yang berlangsung hari ini. FOTO Bernama.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Mufti Kemboja Kamarudin Yusof meminta pemimpin dan cendekiawan Islam dari negara-negara lain khususnya dari Kepulauan Melayu untuk membantu memperkukuh hal ehwal Islam di negara itu.

Beliau berkata bantuan daripada pemimpin dan cendekiawan Islam amat diperlukan terutamanya dalam memperkasakan peranan Majlis Tertinggi Islam untuk kebaikan umat Islam di Kemboja.

"Tetapi apa yang kami gagal lakukan adalah untuk menambah baik Majlis Tertinggi Islam Kemboja kerana kekurangan cendekiawan Islam di negara kami," katanya dalam ucaptama pada Majlis Ulama Asia 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarudin berkata umat Islam di Kemboja menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni.

"Sebagai mufti negara yang dilantik oleh Raja Kemboja, saya mengatur agar pemimpin Islam berada di wilayah yang berbeza bersama-sama imam di daerah termasuk imam di kampung," katanya.

Majlis Ulama Asia itu dianjurkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 5:37 PM