IBU Pejabat SPRM. FOTO NSTP
IBU Pejabat SPRM. FOTO NSTP
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) mengesahkan pegawai kanannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.

Pengerusinya Muhammad Husim, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana baru mengetahui perkara berkenaan.

"Saya sendiri baru tahu selepas dimaklumkan oleh kakitangan berhubung tangkapan ini. Minta maaf saya tidak boleh komen lanjut kerana tidak tahu secara terperinci.

"Mungkin lain kali saya komen," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan ditahan SPRM selepas dipercayai membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.

Katanya, lelaki terbabit dikatakan membuat beberapa tuntutan palsu pada tahun lalu dan tahun ini berkaitan dengan program agensi terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 12:12 PM