Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah memakaikan topi keledar yang baharu kepada pengguna jalan raya pada sekatan jalan raya (SJR) Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2024 di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Arau: Sebanyak 1,313 notis dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Bulan Perayaan di negeri ini bagi tempoh 1 April hingga 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah tiada lesen memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

"Dalam tempoh tersebut, sebanyak 11,531 kenderaan telah diperiksa, 1,122 kenderaan telah diambil tindakan dengan jumlah kesalahan sebanyak 1,216. Sementara 1,313 notis telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan.

"Antara kesalahan tersebut adalah tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh, LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memandu di bawah umur serta kesalahan teknikal," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, JPJ Perlis juga mengeluarkan notis penyitaan terhadap 14 kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan advokasi dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya melalui program turun padang, program bersasar serta literasi melalui platform media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2024 @ 2:22 PM