GAMBAR hiasan. MOHD FADLI HAMZAH
GAMBAR hiasan. MOHD FADLI HAMZAH
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mersing, selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah, malam tadi.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 7 malam tadi.

Difahamkan, kesemua suspek meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu-pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing pada November lalu.

Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

"Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi ini, bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 9:39 AM