GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengurus syarikat teknologi maklumat (IT), disyaki menerima suapan berbentuk tiket penerbangan dan penginapan ke Bangkok, Thailand.

Nilai 'percutian' kira-kira RM3,000 itu dipercayai sebagai balasan tidak mengganggu perjalanan kontrak sebuah syarikat dengan bank.

Sumber berkata, kedua lelaki itu ditahan antara 10 malam hingga 11 malam semalam, menerusi operasi sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka didakwa melakukan perbuatan itu tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi bin Husin@Che Mamat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Kedua-dua suspek terbabit kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 12:22 PM